Sunday, February 13, 2011

Bukan kesibukan Tapi Permasalahan

Seorang pensyarah saya sukakan bunga rampai
Hari ini, seluruh kerusi di MPP, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan rasminya dibubarkan. Semua akan jadi kenangan seandainya jumlah undi yang lepas berkurangan. Namun kekuatan tersendiri tetap ada pada setiap nyawa yang akan memekik terlolong minta terus diundi oleh masyarakat kampus terutamanya. Namun ada keresahan di hati setiap pembuang undi. Pangkah atau memangkah. Sama sahaja dua perkataan tersebut, Namun imbuhan yang ada itu membezakannya. Pangkah sahaja calon untuk mengisi kelapangan masa sebagai warga kampus yang akan bercuti selama setengah hari pada 21 Februari ini atau memangkah calon dengan rasa tanggungjawab sebagai mahasiswa untuk meneruskan sistem demokrasi yang ada. Kadang-kadang saya terfikir tentang keperluan itu. Janji-janji yang lepas ditabur begitu banyak sekali sehingga pembuang undi akhirnya terlupa apa antara isi kandingan manifesto Yang Berhormat telah taburkan. Seperti menaburkan bunga rampai masa hari perkahwinan. Namun hari ini, pelbagai masalah masyarakat kampus masih belum selesai. Minggu ini, mesti lebih banyak janji, harapan pastinya bukan janji sahaja, tapi tunaikan untuk kami si masyarakat kampus yang membuang masa turun membuang undi.Terlupa saya kongsikan, semasa menukilkan post  ini untuk kenangan 21 Februari 2011 tahun hadapan mengenai tarikh itu merupakan hari mengundi sesi ini, saya sedang berada di PTSL UKM, mengharapkan kasih internet yang tidak ada di tempat kediaman. Alahai, saya pun mengundi dulu, tapi YB?

1 comment:

  1. tolong saia decide...

    http://hanyfly.blogspot.com/2011/02/black-pearl.html

    tengs! ",

    ReplyDelete