Friday, March 25, 2011

Ini amanah, Bukan Tujuan

Samad melihat ke arah keliling yang semuanya memerhatikan segala gerak-gerinya. Pasti semua memerhati dirinya. Kesalahannya itu, adakala dirinya sendiri menyalahkan khilaf yang dilakukannya. Aku tidak pasti. Mahu melihat dirinya seadanya, atau aku lepaskan pandanganku pada titik-titik lain pada ruang itu. Sesekali aku terdengar ketukan yang tadinya halus semakin memberanikan diri. Ada suara kurang enak dari luar pintu itu. Aku pasti, sesekali ejaan namaku dihitung satu persatu oleh mereka. Aku membiarkan diri di dalam ruang itu. Senyap dan kadangkala gelisah. Tapi aku perlu mendengar tiap kata itu dari awal sampai ke hujungnya. Ada suara kurang gemar. Salah aku atau mereka? Andai aku katakan salah mereka, pasti mereka mengatakan aku tidak mahu mengaku kesalahan. Tapi andai aku mengatakan salah diriku, pastinya mereka senyum kepuasan kerana kata-kata mereka itu disangka benar. Padahal mereka bukan siapa-siapa. Dulunya hanya anak-anak kecil di ruang lorong itu. Sekarang cantik besar berkembang. Sesekali pandai menyapu bau pada setiap yang lalu. Adakah dirimu sewangi kuntuman mawar di taman firdausi? Hebatkah dirimu umpama Yusuf melukakan tangan pemotong-pemotong buah hanya sekali lalu? Atau dirimu menyangka ada gambar pada ruang sangkutan itu akan terpampar wajahmu? Ini amanah sayang, bukan tujuan. Andai hari ini aku bangga kerana pangkat dan darjat, nescaya esok atau lusa celaka menimpaku. Aku bukan siapa-siapa, insan lemah di sebalik kata. Dan dirimu sayang, ingatlah tempat mu tidak seselesa mereka. Ada masa jika ku jatuhkan diriku di lembah gaung itu, nescaya dirimu sayang, ku tarik sekali ke gaung ini, agar ada yang lain terus di atas laluan itu. Kerana semuanya bukan milik diriku dan dirimu. Ada laluan untuk mereka semula. Maaf sayang.

Monday, March 21, 2011

Saturday, March 19, 2011

Melaka

2 hari 1 malam di Melaka, ada kenangan terindah. Bersama senior Pemasra, ada cerita di sebalik cerita. Yang mungkin belum pernah terungkai antara kami. Tapi baru ketika itu antara kami ada tika untuk bercerita. Terus kami hulurkan tangan antara kami. Mengikat kata. Menyulam rasa satu hati. Mengajar yang salah. Mengikut yang tepat. Terus saya ungkaikan kata selamat dan syukur.
Terus melangkah

Thursday, March 17, 2011

Down Town

Keluar makan seusai mesyuarat yang agak suram pada pertemuan kali pertama. Bukan kehadiran yang kurang. Cuma suasana tidak seindah dulunya. Ada cerita yang masih tersimpan. Belum semua dirungkai. Masih ada rahsia. Ada mereka. Dan mungkin saya.

Seusai makan atau sebelum

Kucing ini digelar pusak dalam bahasa
kampung saya

Down Town, perasan tak budak berbaju merah
jambu tu, jam dah lebih 12 tengah malam

Saya bersama model icecream 

Pesta Pantun

Baru-baru ini berlangsung pesta pantun. Minggu sebelumnya saya mewakili program Persuratan pada pertandingan pantun peringkat pusat. Untuk pesta pantun peringkat UKM, saya tak berkesempatan untuk sama berpantun. Ada ruang yang perlu diberi peluang. Tak apa, bukan rezeki memantun pada musim ini. Pantun hari-hari pun boleh. Tapi sesetengahnya, berpantun mengikut musim. Kerana mungkin Melayunya bermusim.
Saya dan bunting Pesta Pantun

Mungkin saudara tak kenal saya,
tapi mustahil tak kenal yang di sebelah
saya

Ambil kesempatan dalam kesempatan yang ada

Jeaniel, saya dan Nisah Haron. Penulis novel cinta, juga
bekas peguam

Pilihanraya Kampus 2011

Pilihanraya tahun ini, saya terlibat sebagai wakil calon untuk calon di FSSK tahun 2. Dahulunya saya berbaju ungu. Tapi tahun ini, kerana rakan saya menjadi calon untuk kawasan FSSK, saya menukar warna baju menjadi biru. Kesungguhan calon-calon berkempen memenatkan saya. Saya andaikan saya yang hanya sebagai wakil calon, hanya menandatangan kertas di tempat penamaan calon, rupanya saya terlibat sama dengan kebisingan di pentas meraih undi. Sesekali ada yang berbaju ungu melintas saya, mungkin mereka perasan dahulunya baju saya dan mereka sama. 
Muien, Helmi dan saya

Dinner Kolej Keris Mas

2 tahun sudah saya menjadi penghuni di Kolej Keris Mas. Tak semua kisah suka. Dan tak semua kisah derita. Tapi banyak cerita di dalam cerita. Banyak kisah boleh dikongsi. Tapi bukan semua kisah untuk semua. Dan bukan semua untuk semua. Untuk makan malam kolej, ini kali pertama saya sertai. Keseronokan menjadi tetamu, duduk dan makan. Melihat dan berhibur. Lebih mudah dari bekerja dan mengerja. Makan Malam Pusat Pengajian saya minggu hadapan. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Alahai...
Saya dan rakan semeja

Fatihi, saya dan Joe

Saya dan Fatihi

Saya

Wednesday, March 16, 2011

Hari Kecemerlangan & Apresiasi Seni

Seperti Hari Keluarga, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu menganjurkan Hari Kecemerlangan dan Apresiasi Seni untuk pelajar-pelajar yang bernaung di bawah Kelab Pengajian Melayu. Program sepanjang 3 hari ini melibatkan semua pelajar dengan pelbagai program berlangsung.
Serius perbincangan saya dan Saudara Fatihi

Ain, saya dan Sheila berpesta pantun

Kak Raja ada cerita sendiri

Bukan VIP

Ada derita sebalik senyuman

Hari Keluarga Pemasra bersama Ular

Keberanian kadangkala perlu kita sulamkan dengan ketakutan. Dan ketakutan itu perlu kita hilangkan dengan keberanian. Susahkan. Apa yang penting, kenangan di Hari Keluarga Pemasra baru-baru ini mengeratkan lagi hubungan kami sesama ahli Pemasra. Semakin meriah rumah kami di Pusaneka. Harap lebih ramai ke situ.
Muka senyum, hati?

Bersantai sekejap

Kenangan bersama ular

Dan ular bersama kami

Saya+Ular= TAKUT

Saudara Taher ada cerita bersama ular

Monday, March 14, 2011

Dinner FSSK

Semakin berakhirnya semester 2 ini, semakin banyak majlis makan malam. Kadangkala, jolokan kuat makan untuk universiti saya ini sesuai. Tapi ada masanya.
Saya dan mereka
Mereka dan saya
Tak banyak gambar saya rakamkan. Sebab bergambar selepas makan, jadinya saya tak lalu untuk bergambar sebab sudah kenyang menjamu selera. Semuanya kenangan.

Kenangan di Perpustakaan Negara

Untuk Kajian Manuskrip Melayu, kami ke Perpustakaan Negara. Melihat bagaimana cara penghasilan dan pembaikkan manuskrip lama. Ini antara kenangan.
Rehat selepas taklimat
Panas tapi tetap maintance
Khusuk mendengar
Seusai taklimat
Balik selepas jamuan
Kalau saya tak kenang, maka tiada kenangan antara saya dan mereka.

Kenangan di Kem Nadwah Kepimpinan Melaka

Kesibukan saya, sehingga saya lupa ada kenangan tidak saya pahatkan di rumah sesawang saya ini. Kem Nadwah di Melaka ini, saya sertai bersama rakan-rakan dari Sarawak. Persatuan Mahasiswa/i Sarawak. Kenangan dalam lipatan, mudahan ada masa saya sempat untuk membuka lipatan itu, mengimbau masa-masa lalu, yang penuh mengajar erti kehidupan.
Ramai-ramai merakam kenangan
Ahli kumpulan saya, Engkarung
Sempat singgah di Muzium
Bukan MLM
Bersama YDP Pemasra
Ada kenangan yang perlu disimpan, ada juga yang kita jadikan sempadan. Pilihlah antara kaca dan permata. Nilailah antara dua 'mereka'. Carilah cahaya keduanya. Ambil yang indah, tinggal yang luka.

Wednesday, March 9, 2011

12 bintang Menari

Mesyuarat Agung Tahunan pada 12hb Mac ini,
Terima Kasih yang lama & Selamat Bertugas yang baru!
Mencari buah-buah segar di pasar tani, kadang-kadang memenatkan. Dendang lagu anak rantau, mencuri setiap ruang pada corong telinga kami. Anak-anak kecil menyanyi lagi, menyanyi sambil dua tangan menghayun riang. Kami turut keriangan. Dalam memilih buah-buah segar, bibir kami tiba-tiba seiring dengan lagu anak-anak kecil itu. Bagaikan ada chemistry antara kami. Terus kami sandarkan badan pada tiang-tiang besar sepanjang jalan itu. Anak-anak kecil yang tadinya berlari-lari. Kami terhibur melihat mereka. Ada gelak dan tawa disulam bersama. Kami meneruskan perjalanan. Anak-anak kecil terus mengekori langkah kami. Rasa gelak tawa yang kami kongsikan bersama tadi hilang. Kami merasa hiba. Anak-anak kecil mula menyorak keji dibelakang kami. Kami teruskan perjalanan. Satu masa, kami memberi jalan kepada mereka. Tangan-tangan kami bersambut dengan tangan kotor itu. Membantu mereka terus naik ke atas dalam pendakian bukit itu. Kami tergelincir di satu sudut perjalanan. Lalu anak-anak kecil ini pergi meninggalkan kami. Seorang dua mereka meludah sambil membaling batu-batu kecil ke arah kami. Mujur kami pandai mengelak. Terus kami biarkan anak-anak kecil itu memilih jalan sendiri tanpa kami. Agar mereka sedar mereka tidak menghargai sutera dan mutiara yang kami telah sediakan sebenarnya untuk mereka. Kami menoleh. Memilih jalan lain. Yang lebih dekat dan lebih aman antara kami. Walaupun tidak pada anak-anak kecil itu.