Tuesday, February 15, 2011

Kasih Rasul

"Jemputlah kami menjadi tamu Mu ya Allah"
Keadaan yatim dilahirkan di Makkah al-Mukarramah. Ibunya bernama Aminah. Ayahnya bernama Abdullah. Baginda mempunyai seorang ibu susu bernama Halimatus Saadiah. Ayahnya meninggal dunia ketika baginda masih berada dalam kandungan ibunya. Setelah lahir, meningkat kanak-kanak Baginda dibawa menziarahi makam ayahnya di Abwa. Dan ketika itu, ibunya meninggal dunia. Kelahiran Baginda Rasulullah yang dinanti oleh semua umat. Baginda membawa cahaya keimanan kepada manusia yang ada. Kasih Baginda kepada umatnya tidak akan terbalas oleh umatnya kini. Sehingga menghembuskan nafas terakhir, Baginda masih menyebut nama umatnya. Dan kini aku, hanya sempat menyebut namanya setahun sekali. Di kala 12 RabiulAwal 1432H ini, aku masih terkapai-kapai mengikuti sunnahnya. "Ya Rasul kecintaan tiap hati manusia yang mengenal tuhannya, syafaatlah kami. Kerana kami ingin bersamaMu di taman-taman Firdausi!"iatu, namun martabatnya sebagai seorang manusia yang Agung tiada bandingannya. Malam Isnin subuh yang indah, 12 RabiulAwal bersamaan tahun Gajah, lahir seorang insan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda dila

Sunday, February 13, 2011

Bukan kesibukan Tapi Permasalahan

Seorang pensyarah saya sukakan bunga rampai
Hari ini, seluruh kerusi di MPP, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan rasminya dibubarkan. Semua akan jadi kenangan seandainya jumlah undi yang lepas berkurangan. Namun kekuatan tersendiri tetap ada pada setiap nyawa yang akan memekik terlolong minta terus diundi oleh masyarakat kampus terutamanya. Namun ada keresahan di hati setiap pembuang undi. Pangkah atau memangkah. Sama sahaja dua perkataan tersebut, Namun imbuhan yang ada itu membezakannya. Pangkah sahaja calon untuk mengisi kelapangan masa sebagai warga kampus yang akan bercuti selama setengah hari pada 21 Februari ini atau memangkah calon dengan rasa tanggungjawab sebagai mahasiswa untuk meneruskan sistem demokrasi yang ada. Kadang-kadang saya terfikir tentang keperluan itu. Janji-janji yang lepas ditabur begitu banyak sekali sehingga pembuang undi akhirnya terlupa apa antara isi kandingan manifesto Yang Berhormat telah taburkan. Seperti menaburkan bunga rampai masa hari perkahwinan. Namun hari ini, pelbagai masalah masyarakat kampus masih belum selesai. Minggu ini, mesti lebih banyak janji, harapan pastinya bukan janji sahaja, tapi tunaikan untuk kami si masyarakat kampus yang membuang masa turun membuang undi.Terlupa saya kongsikan, semasa menukilkan post  ini untuk kenangan 21 Februari 2011 tahun hadapan mengenai tarikh itu merupakan hari mengundi sesi ini, saya sedang berada di PTSL UKM, mengharapkan kasih internet yang tidak ada di tempat kediaman. Alahai, saya pun mengundi dulu, tapi YB?

Monday, February 7, 2011

Tuan-tuan Yang Mulia II

!
Ketika jari-jemari sibuk mengira biji-biji tasbih, satu-satu kalimah suci bertaburan di atas sejadahnya mohon diangkat ke langit oleh para malaikat. Terus malaikat dengan rela dan redha akan Tuhannya membawa tiap satu amalan untuk disimpan di hari kemudian. Tapi aku masih leka menyusun kata-kata tasbih itu. Setiap tasbihku memikirkan tentang kisah Tuan-tuan Yang Mulia yang mungkin akan menjadi salah satu kajian tentang perjalanan sebenar manusia yang inginkan namanya disulam mulia. Saya pesan kepada Tuan-tuan Yang Mulia akan tanggungjawabnya belum selesai. Terus tuan yang mulia berterima kasih kepada saya. Mengingatkan derita lalu, sebelum benih-benih esok mengikut tarian dan lagu yang sumbang. Tuan yang mulia, saya juga ingin berterima kasih kepada tuan. Memberikan ruang kepada saya, walaupun saya cetek tentang ilmu seperti tuan yang mulia. Kepada puan-puan yang mulia, ikutlah cara tuan yang mulia menerima cadangan dan kritikan. Biarpun tuan yang mulia nampak tidak seperti tuan-tuan yang lain sebelumnya, tapi cara menerima itu perlu puan-puan turuti. Bukan mudah menelan pahit yang dicurahkan oleh orang lain. Jika saya, saya mungkin akan terus melenting. Kerana saya bukan yang mulia. Tidak seperti tuan-tuan dan puan-puan yang mulia. Ada panggilan. Ada kedudukan. Ada penghargaan. Semoga saya akan terus dapat bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan yang mulia, walaupun saya mungkin tidak mendapat panggilan yang mulia itu.

Sunday, February 6, 2011

Tuan-tuan Yang Mulia

Hari ini, saya susunkan gambar-gambar di ruang
wallpaper komputer.
Hari ini, rutin akan disinggah mengikut detik-detik waktu. Kadang-kadang batuk Pak Tua mengingatkan diriku tentang alunan batukku yang semakin kuat menghentak rongga kerongkongku. Aku teringat akan tuan-tuan itu. Mereka mencabar setiap mata yang cuba memperbetulkan mereka. Ini bukan kisah biasa, ini kisah perjuangan anak rantau mencari kebenaran di dalam kegelapan manusia yang hidup dalam keterangan. Tuan-tuan yang mulia, tuan-tuan ikon kami. Menjadi sumber inspirasi kami untuk terus memetik butir-butir yang diikat pada tali-tali halus itu. Apa teguran kami tidak pantas untuk tuan-tuan. Tidakkah tuan-tuan mahu menerima teguran kami. Sedangkan tuan-tuanlah yang menyusun setiap kitab buruk di pondok itu. Membuangkan debu-debu halus yang semakin menggila hinggap di kulit-kulit yang kian hilang itu. Saya bukan siapa-siapa tuan-tuan yang mulia. Saya hanya pengemis yang menghulurkan tangan memohon simpati tuan-tuan. Hentikan lagu-lagu sumbang itu tuan-tuan. Lepaskan burung-burung itu dari sangkarnya tuan-tuan. Leraikan simpulan pada kain-kain itu tuan-tuan. Teruskan bacaan pada kitab-kitab itu tuan-tuan. Saya bukan mahu mengata saya benar. Mengata saya betul. Mahupun mengata saya pintar. Tapi saya lemas bersama tuan-tuan. Tuan-tuan yang menegur saya tentang bengkoknya garisan itu. Mengapa tuan-tuan yang menggariskan bengkok pada laluan itu. Tuan-tuan yang mahukan saya nyanyikan lagu-lagu itu dengan perlahan, mengapa tuan-tuan yang meninggikan nyanyian-nyanyian itu. Terus saya pohon kemaafan sekali lagi, semoga di Akhirat kita tidak tertangkap atas sebab-sebab yang tuan-tuan yang mulia takutkan.

Saturday, February 5, 2011

Cuti-cuti Makan

Air limau nipis special.

Rakan saya yang baru pulang dari kampung halaman. Kelihatan senyuman kepuasan anak rantau. Dapat pulang menjenguk tangga dan ruang rumah yang ditinggalkan. Siapa tiada kasih pada kampung halaman, mungkin merekakan tertinggal merasai kenikmatan hidup sebenar. Terus saya kehairanan melihat segelintir teman, melupakan kisah-kisah kampung. Bermain dan terjatuh. Ketawa dan menangis. Saya terus sulamkan hati saya untuk mereka. Keluarga dan kampung tercinta.

Wednesday, February 2, 2011

Saya mencari Tuhan

Ilmu, Mutu dan Budi
Membiarkan mereka dengan berdiam diri bukan cara saya. Selagi saya mampu berkata, saya akan luahkan apa sahaja. Saya bukan mahu mendapat perhatian daripada tuan-tuan yang mulia. Saya hanya mahukan jawapan daripada tuan-tuan yang mulia. Hari ini, kota-kota seluruh pelusuk bumi, penuh dibanjiri dengan "benih-benih" kota yang semakin membesar. Adakala, saya terpaksa menunduk berjalan di hadapan mereka. Adakala, saya terpaksa menelan perintah mereka. Adakala, saya terpaksa menurut laluan yang disediakan mereka. Untuk apa saya terus di situ, meniti ruang-ruang yang semakin nipis tapaknya. Saya akan biarkan perahu itu tanpa pendayungnya. Kerana saya pasti tuan-tuan di dalamnya sudah bersedia untuk mengayuh perahu itu dengan tangan mereka. Walaupun kadang-kadang terpaksa untuk terkotor. Saya tidak mahu sama seperti mereka. Kerana saya masih mencari Tuhan. Saya pasti, tuan-tuan yang mulia sudah menemui jalan-jalan itu. Maka tuan-tuan yang mulia, teruslah di atas jalan itu. Kerana tuan-tuan sudah arif. Saya tahu tuan-tuan, saya tidak pantas menegur kekhilafan tuan-tuan. Saya harap, tuan-tuan memahami permintaan saya. Untuk Tuhan, "Ya" untuk Tuhan. Jangan tuan-tuan yang mulia memikirkan saya mahu mengambil gelaran tuan-tuan. Saya bukan kehausan untuk itu semua tuan-tuan. Saya tidak perlu itu semua. Saya sudah puas tuan-tuan. Saya akan beri tuan-tuan laluan itu. Kerana tuan-tuan memang layak di laluan itu. Saya buka laluan itu seluasnya untuk tuan, demi Tuhan.

Dua hari, Dua Tempat Sehari

Sepatutnya saya memakai baju merah.

Saya ingin secergas singa ini walaupun adakala mengganas

Saya suka yang merah.

Lihat, comel.

Kuning & Prosperity

Saya ambil kesempatan bergambar.

"Same pose with same place" What differents there?

Ini tempat dan masa yang berbeza, saya mungkin
bukan di Malaysia ketika ini.
Sambutan Tahun Baru Cina Tahun ini saya memaksa diri untuk terus bercuti di sini. Menyibukan diri sekali dua dengan aktiviti yang adakalanya berfaedah dan tidak. Hampir seluruh warga kampus merisik kembali kampung halaman yang ditinggalkan untuk ke pembukitan ilmu. Dan hampir seluruh warga PEMASRA mengabadikan kasih bersama kota UKM yang semakin sunyi. Adakala kita perlu menghentikan air yang mengalir walaupun ceritanya mungkin di luar akal. Membiarkan diri terus hanyut di dalam sangkar kasih dan memberikan ruang kepada mereka yang benar mahu dan yakin akan diri memimpin. Saya jarang rasa terpaksa. Semua saya terima. Tapi ada tingkah yang saya kurang gemar menjadi penonton. Mereka itu mereka yang berjaya, tetapi mengapa membiar diri dalam lingkungan kurang selesa. Saya biarkan masa berlalu. Sama ada pantas mahupun perlahan, saya tatap satu-satu jarum jam yang bergerak. Detik-detiknya kadang-kadang kedengaran apabila langkah kaki manusia semakin hilang. Saya bukan mengkritik setiap daun yang jatuh ke bumi. Tetapi saya hairan melihat daun-daun yang segar semakin cepat gugur sebelum masanya. Saya bukan mengulas setiap pohon yang patah ditiup angin, tetapi saya hairan mengapa patahnya semasa masih gagah. Saya bukan mengharap kasih pada bunga-bunga taman, tetapi saya khuatir apabila bunga mengeluarkan bau sebelum dihidu oleh kumbangnya. Maafkan saya, insan biasa.