Wednesday, February 2, 2011

Saya mencari Tuhan

Ilmu, Mutu dan Budi
Membiarkan mereka dengan berdiam diri bukan cara saya. Selagi saya mampu berkata, saya akan luahkan apa sahaja. Saya bukan mahu mendapat perhatian daripada tuan-tuan yang mulia. Saya hanya mahukan jawapan daripada tuan-tuan yang mulia. Hari ini, kota-kota seluruh pelusuk bumi, penuh dibanjiri dengan "benih-benih" kota yang semakin membesar. Adakala, saya terpaksa menunduk berjalan di hadapan mereka. Adakala, saya terpaksa menelan perintah mereka. Adakala, saya terpaksa menurut laluan yang disediakan mereka. Untuk apa saya terus di situ, meniti ruang-ruang yang semakin nipis tapaknya. Saya akan biarkan perahu itu tanpa pendayungnya. Kerana saya pasti tuan-tuan di dalamnya sudah bersedia untuk mengayuh perahu itu dengan tangan mereka. Walaupun kadang-kadang terpaksa untuk terkotor. Saya tidak mahu sama seperti mereka. Kerana saya masih mencari Tuhan. Saya pasti, tuan-tuan yang mulia sudah menemui jalan-jalan itu. Maka tuan-tuan yang mulia, teruslah di atas jalan itu. Kerana tuan-tuan sudah arif. Saya tahu tuan-tuan, saya tidak pantas menegur kekhilafan tuan-tuan. Saya harap, tuan-tuan memahami permintaan saya. Untuk Tuhan, "Ya" untuk Tuhan. Jangan tuan-tuan yang mulia memikirkan saya mahu mengambil gelaran tuan-tuan. Saya bukan kehausan untuk itu semua tuan-tuan. Saya tidak perlu itu semua. Saya sudah puas tuan-tuan. Saya akan beri tuan-tuan laluan itu. Kerana tuan-tuan memang layak di laluan itu. Saya buka laluan itu seluasnya untuk tuan, demi Tuhan.

No comments:

Post a Comment