Sunday, February 6, 2011

Tuan-tuan Yang Mulia

Hari ini, saya susunkan gambar-gambar di ruang
wallpaper komputer.
Hari ini, rutin akan disinggah mengikut detik-detik waktu. Kadang-kadang batuk Pak Tua mengingatkan diriku tentang alunan batukku yang semakin kuat menghentak rongga kerongkongku. Aku teringat akan tuan-tuan itu. Mereka mencabar setiap mata yang cuba memperbetulkan mereka. Ini bukan kisah biasa, ini kisah perjuangan anak rantau mencari kebenaran di dalam kegelapan manusia yang hidup dalam keterangan. Tuan-tuan yang mulia, tuan-tuan ikon kami. Menjadi sumber inspirasi kami untuk terus memetik butir-butir yang diikat pada tali-tali halus itu. Apa teguran kami tidak pantas untuk tuan-tuan. Tidakkah tuan-tuan mahu menerima teguran kami. Sedangkan tuan-tuanlah yang menyusun setiap kitab buruk di pondok itu. Membuangkan debu-debu halus yang semakin menggila hinggap di kulit-kulit yang kian hilang itu. Saya bukan siapa-siapa tuan-tuan yang mulia. Saya hanya pengemis yang menghulurkan tangan memohon simpati tuan-tuan. Hentikan lagu-lagu sumbang itu tuan-tuan. Lepaskan burung-burung itu dari sangkarnya tuan-tuan. Leraikan simpulan pada kain-kain itu tuan-tuan. Teruskan bacaan pada kitab-kitab itu tuan-tuan. Saya bukan mahu mengata saya benar. Mengata saya betul. Mahupun mengata saya pintar. Tapi saya lemas bersama tuan-tuan. Tuan-tuan yang menegur saya tentang bengkoknya garisan itu. Mengapa tuan-tuan yang menggariskan bengkok pada laluan itu. Tuan-tuan yang mahukan saya nyanyikan lagu-lagu itu dengan perlahan, mengapa tuan-tuan yang meninggikan nyanyian-nyanyian itu. Terus saya pohon kemaafan sekali lagi, semoga di Akhirat kita tidak tertangkap atas sebab-sebab yang tuan-tuan yang mulia takutkan.

No comments:

Post a Comment