Monday, February 7, 2011

Tuan-tuan Yang Mulia II

!
Ketika jari-jemari sibuk mengira biji-biji tasbih, satu-satu kalimah suci bertaburan di atas sejadahnya mohon diangkat ke langit oleh para malaikat. Terus malaikat dengan rela dan redha akan Tuhannya membawa tiap satu amalan untuk disimpan di hari kemudian. Tapi aku masih leka menyusun kata-kata tasbih itu. Setiap tasbihku memikirkan tentang kisah Tuan-tuan Yang Mulia yang mungkin akan menjadi salah satu kajian tentang perjalanan sebenar manusia yang inginkan namanya disulam mulia. Saya pesan kepada Tuan-tuan Yang Mulia akan tanggungjawabnya belum selesai. Terus tuan yang mulia berterima kasih kepada saya. Mengingatkan derita lalu, sebelum benih-benih esok mengikut tarian dan lagu yang sumbang. Tuan yang mulia, saya juga ingin berterima kasih kepada tuan. Memberikan ruang kepada saya, walaupun saya cetek tentang ilmu seperti tuan yang mulia. Kepada puan-puan yang mulia, ikutlah cara tuan yang mulia menerima cadangan dan kritikan. Biarpun tuan yang mulia nampak tidak seperti tuan-tuan yang lain sebelumnya, tapi cara menerima itu perlu puan-puan turuti. Bukan mudah menelan pahit yang dicurahkan oleh orang lain. Jika saya, saya mungkin akan terus melenting. Kerana saya bukan yang mulia. Tidak seperti tuan-tuan dan puan-puan yang mulia. Ada panggilan. Ada kedudukan. Ada penghargaan. Semoga saya akan terus dapat bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan yang mulia, walaupun saya mungkin tidak mendapat panggilan yang mulia itu.

No comments:

Post a Comment