Friday, January 7, 2011

Dan tangan-Tangan Itu

Semua hampir sama
Ketika menyelusuri lorong-lorong kecil yang memperlihatkan beberapa keindahan alam di kelilingnya, terdengar sayup-sayup suara anak jati yang sebangsa denganku berlari-lari dengan penuh keasyikan mengatasi pahit hari-hari berlalu. Siapa sangka, ribuan umat yang dicabar hari-harinya, ada satu ke dua sahaja dipilih menjunjung beberapa produk keluaran kilang masing-masing. Lantas aku memikirkan, mengapa mereka masih hilang kasih antara mereka. Setelah berada di kota luas ini, keagungan tidak lagi di bahu teman-teman larian tadi, tetapi diletakkan pada mereka yang menjadi saingan ribuan teman mereka yang ketinggalan dek arus pembangunan negara yang semakin mengancam. Kebaikan tidak lagi nampak pada wajah-wajah kami, tetapi hanya pada wajah palsu yang belum jelas pada pandangan mereka. Tidak mengapa adinda dan kanda, satu hari nanti setelah kau susuri jalan yang semakin jauh ini, akan dipalit pada wajahmu, kisah lara derita anak rantau.

2 comments:

  1. ayat2 yg sgt berat tapi bermkna=)blh buat novel ni..hiihi

    ReplyDelete
  2. lady: tksih! cuba memberatkan seberat mungkin.. :)
    terima kasih juga follow ruang ini, tiada apa2 sebenarnya disini.. :) minta link blog awak boleh?

    ReplyDelete