Wednesday, October 27, 2010

Sesat

Cinta mungkin sesegar epal
merah ini.
Jauh sekali lamunanku beriringan dengan lagu-lagu Inggeris yang tidak putus-putus dimainkan oleh pemilik kedai ini. Roti berbawang putih yang dibeli sebentar tadi sudah separuh dihadam di dalam perutku yang meronta mahu diisi. Sakit sungguh menanti. Dia yang berjanji untuk sampai seawal jam 9 pagi masih belum ada sehingga hatiku berkocak untuk mencari pemandangan lain. Sesekali mata mencuri setiap roh yang bersama jasad melintas dan mencapai pandangan. Ayu sekali. Tudung berwarna ungu dipadankan dengan baju kuning yang berbunga ungu lebih muda warna daripada tudungnya. Setiap langkahnya seolah-olah menepuk hatiku yang tadinya berkecamuk. Seperti zaman Melayu lama, seorang raja duduk di bawah rimbunan pokok menyamar menjadi rakyat biasa. Terus si Bawang Merah melintas menampakkan kulitnya yang cerah dan halus. Aku bukan raja yang memaksa untuk dicinta. Aku mahu menjadi hamba yang punya cinta datang dari terusan jiwa yang penuh dengan bekalan makna rasa. Oh, si ayu itu menjeling ke arah  aku. Mungkin perasan akan panahan mataku tadi. Segera aku mengalih arah mataku ke satu sudut lain. Sebuah lukisan yang begitu ringkas. Sebiji epal di tengah-tengah lingkaran bakul yang melilit. Aku merenung tajam pada lukisan itu. Seperti epal itu akan jatuh bila-bila masa. Dia menepuk belakangku berkali-kali. "Maaf wan, terlelap." Satu senyuman yang tidak berapa sempurna aku berikan. "Ini tugasannya." Aku menyambut. "Aku harus pergi sekarang, ada urusan lain." Mataku memandang dia yang seperti baru sahaja sampai ke tempat ini. Dia mengangguk. "Aku pun sama." Aku mengambil begku yang berisi segala benda penting. Tiba-tiba aku teringat akan si ayu tadi. Aku mencari dalam kegilaan manusia yang lalu di hadapanku. Tiada. Mungkin belum masanya untuk bersapa. Aku melangkah. Tetapi hatiku seolah-olah telah pergi bersama si ayu tadi.

7 comments:

  1. Wan,
    Siapa hai si gadis yang ayu itu???moga anda diberikan kesempatan sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. terima kasih ain, semua gadis seayu itu termasuk ain.. =)

    ain, berikan saya alamat blog, boleh saya follow.

    ReplyDelete
  3. hai wan,
    siapakah dia si gadis berbaju kuning berbunga ungu itu?..

    ReplyDelete
  4. hye yusz;
    ha3.. kepada yang meminati warna2 ungu.. =)
    yus, saya nak alamat blog awak, hi3

    ReplyDelete
  5. sayakah wan??..sebab saya kan suka warna ungu..hu3

    ReplyDelete
  6. yusz, saya tahu awak peminat pewarna ungu.. hehe

    ReplyDelete