Bermula dengan kertas kerja seawal bulan Mei 2011, saya dan rakan di PEMASRA menggerakkan jentera untuk memulakan langkah persediaan menuju Julai yang akan menjadi program pertama PEMASRA bersama ahli jawatankuasa yang baru. Bagai baru semalam saya bersama rakan duduk semeja berbincang mengenai perjalanan program. Hakikatnya sudah berlabuh tirai OPKIM pada kali ini. Saya menyedari akan pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu ditempuh untuk memastikan kelancaran program ini. Namun, pelbagai masalah yang timbul, sedaya upaya saya dan rakan urusetia mahupun peserta program ini lakukan sebaiknya bagi mengatasi permasalahan yang ada. Kamilah keluarga baru. Membina harapan untuk anak bangsa Sarawak sendiri. Menabur budi bukan untuk disanjung setinggi-tingginya. Tapi kami inginkan sinar harapan untuk anak bangsa ini. Semoga kami dan mereka dirahmati olehNya, InsyaAllah. Terima kasih atas segalanya.
Kalau Tuan Mandi Perigi
Hati-hati Dipatuk Sawa,
Sama BerOPKIM Di Siri Kedua.
 |
Kenangan Bersama Rakan Peserta |
 |
Semoga Kenangan Terus Tersimpan |
 |
Bersama Rakan Urusetia
(Jeaniel Tiada Dalam Gambar) |
 |
Tinggalkan Kami, Bukan Kenangannya |
 |
Terima Kasih Semua |
Tuailah padi antara masak
ReplyDeleteEsok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
hahahhahahahahhahahahahaha
awal na lagu posa wan.!!! lom gik posa ko...
ReplyDeletekamek suka pepatah kitak ya.. menabur budi bukan untuk di sanjung tinggi.... TAHNIAH PEMASRA atas kejayaan menganjurkan OPKIM & KEMBARA ANAK KENYALANG 2011....
ReplyDeletefaziel: sak kawu insaf kit.. ahaha
ReplyDeleteyana: tahniah kat ktk juak yana n the geng! kejayaan bersama..