![]() |
Selamat Tahun Baru 2014 |
Lama saya tidak menconteng ruang yang semakin sepi ini. Syawal
lalu langsung tiada ucap selamat dan juga tahun Hijrah yang baru. Mungkin
saudara juga sama seperti saya. Kekangan waktu yang benar-benar menyebabkan
kita terasa masa berlalu pantas. Usia semakin meningkat walaupun jiwa meronta
mahu muda selamanya. Benar? Tahun Masihi ini akan berakhir beberapa hari lagi.
Saya membaca majalah Gen-Q keluaran bulan ini. Antara isinya ialah Hijrah.
Mungkin hijrah setiap kita berbeza. Saya dengan matlamat hijrah dari tidak baik
kepada baik. Saudara mungkin hijrah dari baik kepada lebih baik. Lebih penting
ialah melakukan perubahan. Sedikit tetapi berterusan lebih baik daripada banyak
tetapi berhalangan. Lalu saya fikirkan sambutan 2014 yang akan datang diraikan
dengan penuh kesyukuran. Imbau kembali kenangan dan peristiwa yang pahit dan
manis. Seterusnya disatukan menjadi nilai positif dalam diri kita. Semoga tahun
baru ini lebih banyak pencapaian dan kejayaan yang akan menjadi milik kita!
ya Abg Wan...cepat masa berlalu, bermakna makin dekat kita dengan kematian..saat sy baca blog ni, sudah memasuki 17 Mei 2014....
ReplyDeleteSelamat Hari Guru dan Selamat Hari Lahir sehari yg lepas...smoga menjadi pendidik yg berhati waja dan membesar dengan Rahmat Allah