Monday, March 4, 2013

Aligupit

Ini antara bahan bacaan saya untuk gagasan ini,
semua saya pinjam dari Perpustakaan ATMA
Alugupit yang telah saya selesaikan pembacaan pada minggu mengupas isu yang begitu besar pada keseluruhan halaman novel karya Dr. Mohd. Affandi Hassan yang mengetengahkan isu pemimpin yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab hakikinya sebagai seorang yang penting dan berpengaruh dalam kerajaannya. Walaupun mempunyai tahap atau kedudukan yang tinggi, namun tindakan watak YB (atau pada hujung karya ini YB bukan merujuk kepada Yang Berhormat, tetepi merujuk kepada Yang Berkuasa) dipertikaikan oleh watak wartawan yang sering menemuramah YB untuk mendapatkan maklumat terkini di samping menempelak tindakan YB seperti membuat tindakan yang salah terutama melibatkan kepentingan rakyat bawahan. Sesuai sekali novel Aligupit ini dibaca dalam situasi hari ini (suasana Pilihanraya ke-13 yang pastinya akan diumumkan beberapa ketika lagi). Alangkah baiknya semua bakal pemimpin wajib membaca novel ini. Biar ada yang terasa (kira ada melakukan kesalahan yang sama dalam novel ini) atau biar menjadi panduan dan pedoman kepada mereka yang bakal memimpin. Salam Perjuangan buat pahlawan negara yang sedang berjuang di Sabah. 

2 comments:

  1. semoga semuanya selamat...sy juga mempunyai kakak dan abg di sana..semoga Allah S.W.T melindungin kita semua.

    ReplyDelete
  2. saudari norita, mudahan semuanya selamat.. kita doakan yang terbaik untuk mereka.. :)

    ReplyDelete